Kegigihan pemain bolasepak negara terdahulu dapat kita perhatikan gigih dan berdedikasi dalam perjuangan persediaan melayakkan diri dalam kejohanan Olimpik 1972 & 1980.
Adalah hasrat penulis untuk merakamkan kejayaan mereka sebagai kenang-kenangan memperingati jasa perjuangan anggota sukan bolasepak negara untuk mengapai kejayaan terbaik dalam persediaan pasukan negara ke Olimpik.
Sempena kedatangan Piala Dunia Qatar 2022, adalah diharapkan bakal pemain semasa yang mewarnai kegemilangan bolasepak negara akan turut terus berjuang dan mengambil semangat pemain terdahulu. Perjuangan wira negara untuk membawa pasukan bolasepak negara menyertai Sukan Olimpik dahulu perlu dijadikan sebagai wadah untuk mengapai penyertaan Kejuaraan Bolasepak Antarabangsa serta Piala Dunia.